Monday, September 21, 2009

Membuka Dokumen "Corrupt"

Semasa anda membuat kerja dengan Microsoft Word mungkin anda pernah mengalami hal ini - Dokumen yang ingin anda akses tiba-tiba rosak dan tak boleh dibuka. Dengan keadaan begini pasti anda akan panik. Apalagi jika file tersebut adalah file penting, dan tidak ada file back up-nya.

Jangan gusar! File yang rosak tersebut mungkin masih dapat diperbaiki dengan Text Recovery Converter. Cara menggunakannya sebagaimana berikut:

1. Buka program Microsoft Word, klik [File] > [Open].
2. Pilih file dokumen yang rosak tersebut.
3. Klik panah kecil yang ada di sisi kanan butang [Open].
4. Pada menu drop down yang terbuka, pilih [Open and Repair].
5. File anda yang rosak boleh dibuka semula. Tapi perlu diketahui, tahap keberhasilan perbaikan ini bergantung dari seberapa besar kerosakan file anda.

Sumber: PCplus

No comments:

Post a Comment